Kisah Pencuri Kain Kafan yang Melihat Azab Alam Kubur
Curi
kain kafan lihat azab di alam kubur, Radarislam.com ~ Terdapat
seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk
dijual. Pada suatu hari, pemuda itu berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk
menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT.
Dia berkata; " Sepanjang aku menggali kubur untuk
mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat
tersebut" .
" Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku
yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat," kata dia menyesal.
Yang pertama, ia melihat mayat yang pada siang harinya
menghadap kiblat. Tetapi apabila menggali semula kuburnya pada waktu malam,
wajah si mayat berubah membelakangkan kiblat.
" Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah
mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka
dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membedakan mereka
daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi; " Golongan yang kedua, aku
lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahat.
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku melihat wajah mereka
telah berubah menjadi buruk. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut; " Wahai anak muda,
mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan salat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya salat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika salatnya
sempurna, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."
Pemuda itu menyambung lagi: " Wahai tuan guru,
golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan
seperti biasa saja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat
perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada
perutnya itu" .
Jawab ahli ibadah tersebut " Mereka itulah golongan
yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah
itu lagi.
Golongan keempat,
melihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya.
Mengapa terjadi begitu?
" Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang durhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali
tidak ridha kepada manusia yang menderhakai ibu bapaknya" .
Ia juga melihat mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya. Mereka
itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka
memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.
Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahwa sesiapa
yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan
umatnya.
Kemudian golongan yang keenam yang dilihat, sewaktu
siangnya lahatnya kering kerontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula
kubur itu, mayat tersebut terapung dan lahatnya dipenuhi air hitam yang amat
busuk baunya.
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta
riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
Dan golongan terakhir yang dilihat adalah mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. " Mengapa demikian
halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka
beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh
keridhoan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah
matinya.
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah kita datang dan
kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas
setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah. Wallahu
a'lam (Dan Allah Lebih Tahu atau Mahatahu). [Radarislam/ Am]